Wednesday 13 January 2016

Dunia Kerjaya Amat Mencabar -Bahagian 2-

          
           Assalamualaikum, selamat sejahtera, hai!!! Sihat? Alhamdulillah harapnya diberikan kesihatan yang baik semuanya ya. Emm aku nak sambung kisah cari kerja. Ok, hari tu aku dah dapat kerja kilang kan? Ujian aku tak berhenti setakat di situ sahaja. Selepas beberapa bulan aku mencari rezeki di situ, aku dihidangkan dengan ujian sakit. Badan aku mengalami alahan yang agak teruk kerana persekitaran kerja yang sentiasa berada dalam tempat yang berdebu dan mempunyai bahan kimia serta keadaan rumah yanggggg emmm tak reti nak jelaskan. Aku minta nasihat "line leader" dan dia menasihati aku untuk berhenti. Aku berhenti dan pulang ke rumah untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.

            Sebulan di rumah, banyak juga aktiviti yang aku lakukan, haaa aku ni jenis yang tak boleh dok diam, ada saja aktiviti yang akan aku lakukan. Contohnya aku ke sekolah untuk tolong cikgu-cikgu dalam aktiviti perkhemahan, teknik menjawab soalan PT3 dan SPM. Hujung minggu? Memang aku tidak akan ada di rumah. Sejak sekolah rendah lagi, aku memang suka dengan aktiviti luar. Seronok? Ya, semestinya seronok. Nak tahu seronok ke tak cuba la, cari hujung minggu yang kosong dan rancangkan aktiviti untuk menolong dan menggembirakan orang sekeliling kita. Tolong basuhkan bilik air di rumah juga akan membuatkan hati kita gembira. Cuba ya!

           Aku kemudian dihubungi oleh En. I, pengurus untuk pengambilan pekerja tempat aku kerja sebelum ni. Dimaklumkan mereka memerlukan operator. Aku membuat keputusan untuk ke sana lagi kerana aku juga masih tiada pekerjaan. Dan sememangnya jodoh aku di kilang itu tidak lah panjang seperti yang aku jangka. Abah menelefon aku supaya pulang ke rumah kerana di kampung ada kerja kosong sebagai telefonis kontrak di TNB berdekatan rumah. Aku segera pulang dan menghadiri temuduga itu. 

            Calon temuduga seramai 8 orang termasuk aku dan aku calon yang ke 7. Kebanyakan yang datang temuduga mempunyai tahap pendidikan diploma dan ijazah. Aku mula rasa rendah diri kerana aku hanya ada SPM, saat itu hati aku mula berdebar. Dalam sedang menunggu giliran, tiba-tiba ada seorang pekerja di situ datang dan memberitahu kami yang masih berbaki untuk menceritakan segala perkara yang telah kami lakukan selepas SPM. Ketika itu aku terasa seakan harapan itu ada. Kerana hanya aku yang berlatar belakangkan kejuruteraan dalam pengajian di universiti yang berkait rapat dengan persekitaran kerja TNB.

          Alhamdulillah, pada petang itu juga En. B, Ekskutif Perkhidmatan dan Sokongan menghubungi aku dan menyatakan aku terpilih untuk jawatan yang disediakan. Hasrat abah dan umi aku tercapai. Mereka sangat gembira. Aku? Gembira, tapi sedikit rasa gementar. HAHAHA ye la kan, bidang baru untuk aku belajar. Tanggal 1 Julai aku berkhidmat sebagai pekerja kontrak di TNB tersebut. Wah! Aku terkejut apabila mendapat tahu, hanya aku dan Kak M je pekerja perempuan di situ. 

       Persekitaran kerja agak baik. Satu, kerana aku dikelilingi oleh jurutera-jurutera yang hebat. Semuanya sentiasa bagi semangat untuk aku sambung balik pengajian aku. Kata mereka "rugi la kalau hanya bekerja sebagai telefonis, padahal awak boleh pergi jauh lagi". YUP! Itu impian aku, terus belajar dan belajar. Cuma untuk masa sekarang, belajar secara formal itu aku rasa tidak sesuai. Dua, kadang-kadang ada yang meminta tolong untuk aku design flyers, brochure dan banner. Aku SUKA kerana kerja-kerja macam ni memerlukan otak aku berputar, tidak hanya membuat kerja yang sama. 

        Beberapa bulan kemudian, aku mula berasa bosan. Kerja aku hanya jawab panggilan masuk dan membuat panggilan keluar. Hati aku mula terdetik untuk mencari pekerjaan lain. Aku mula memikirkan umi dan abah aku, adakah mereka izinkan aku keluar negeri lagi? Aku mula melakukan solat hajat supaya dilembutkan hati mereka dan dimudahkan urusan aku. Lama. Aku cuba untuk menyatakan hasrat itu tapi mulut terus kaku untuk berkata-kata. 

*kita jumpa di bahagian 3 ye untuk cerita aku sekarang*

with love
-serikandibesi-

Monday 11 January 2016

Dunia Kerjaya Amat Mencabar -Bahagian 1-

KERJA? Wooo susah wooo nak dapat kerja!! Aik, dah mula cari kerja belum? Kalau tak pernah cuba untuk cari kerja, JANGAN bagitahu dapat kerja tu susah. TAKE NOTE yang ni. Ok, kali ini aku nak kongsi sikit pengalaman aku dalam dunia kerja ni yang rata-rata orang cakap zaman sekarang sangat susah nak dapat kerja.

Sedikit latar belakang pendidikan aku. Aku dapat pendidikan awal di PASTI Al-Ehsan, kemudian ke SK Jeli (2), SK Jeli (1). Pendidikan peringkat menengah, pada mulanya di SMS Sains Pasir Puteh, kemudian bertukar ke SMK Jeli. Seterusnya dengan keputusan SPM aku yang biasa-biasa saja, aku ke Kolej Matrikulasi Pahang selama 2 tahun. Aku melanjutkan lagi pelajaran aku di Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Elektronik).

Emmm.. Tak nak cerita panjang-panjang, pengajian aku di UMP memang banyak sangat cabaran, sehingga menuntut aku berhenti pengajian semasa berada di semester 6. Pelbagai reaksi, komen serta nasihat yang aku terima saat aku membuat keputusan untuk berhenti belajar. Ramai yang bagi aku semangat, tapi tak kurang ramai juga yang ingin menjatuhkan aku dengan kata-kata "nasihat" mereka. Mana yang perlu aku ambil, mana yang aku rasa "sampah", aku buang jauh-jauh. Senang kan? HAHAHA tak sesenang itu.. Berendam air mata juga lah untuk pulihkan semangat ni.

Sebulan selepas aku berhenti belajar, aku cuba untuk mencari kerja dengan hanya berbekalkan keputusan SPM aliran sains. Pada mulanya aku turut permintaan keluarga aku untuk mencari kerja di sekitar tempat tinggal aku. Tapi, hari demi hari tiada pekerjaan yang aku dapat. Bukan tiada langsung, ada, tapi ingin dibayar RM400 untuk sebulan. Haih! Malaysia sekarang ni dengan RM400 berapa hari saja boleh lekat dalam bank? Beli barang dapur sahaja pon sudah hampir RM200. Aku tolak.

Setelah hampir sebulan aku berada di rumah, aku memberitahu keluarga, hajat aku untuk memohon kerja di luar negeri tercinta. Alhamdulillah, mereka izinkan. Bermula pencarian aku di laman-laman sesawang. Banyak!! Tapi, keluarga aku tak izinkan kalau tidak diberikan penginapan dan pengangkutan. Aku cuba dan cuba lagi. Akhirnya pada satu petang, "Treet, treet" bunyi whatsapp dari salah satu "group" kawan aku bagitahu ada kosong sebagai operator pengeluaran di Kilang Elektronik, Kuantan. Penginapan dan pengangkutan disediakan. 2 hari selepas itu, aku terus ke kilang tersebut dan mula bekerja. Gaji? Agak lumayan jugak, RM55 sehari. Alhamdulillah.

*bersambung*




Sunday 4 January 2015

2014 dalam kenangan!

Sudah hari ke-4 dalam tahun baru. Banyak kenangan pahit dan manis yang tersimpan dalam memori sepanjang tahun 2014. 

Entri kali ini KHAS untuk keluarga tersayang

Umi dan abah- terima kasih kerana telah berada disamping acik saat acik perlukan umi dan abah. Tanpa kekuatan umi dan abah, acik mungkin lemah. Acik tahu, acik dah banyak buat umi dan abah terkilan. Lebih-lebih lagi, apabila acik buat keputusan untuk berhenti belajar. Ya, acik tahu ibubapa mana yang nak tengok anak dia tak berjaya, tapi acik terpaksa buat semua ini untuk kebaikan semua. Acik tahu, umi dan abah terluka, tapi acik yakin, semua ini ada hikmahnya. Cuma keyakinan kita kepada ALLAH harus kuat. Acik yakin ALLAH ada jalan yang lebih baik. Doakan perjalanan hidup acik selepas ini.

Kakak - terima kasih juga telah gembirakan hati umi dan abah. Tahun ini kakak dah konvo untuk Diploma Kejururawatan. Tahun ini juga kakak sudah menempatkan diri dalam sektor kerajaa, sebagai jururawat. Tahniah! Kerana telah buktikan yang kakak boleh. 

Shah - Kuatlah adikku untuk penuhi segala impian mu. Semoga sentiasa cemerlang dalam hidup. Buktikan yang shah pon boleh habiskan Diploma Akaun. Ya, bukan senang. Tapi acik shah boleh. Tahniah!

Abe - Teruslah belajar. Sungguh acik tahu abe bukan seorang pelajar sekolah agama, tapi acik bangga sebab abe buktikan dekat umi dan abah, walau bukan sekolah agama yang abe jejaki, tapi abe sekarang sama level dengan budak sekolah agama. Tatkala acik jadi makmum, terdetik di hati, abah sudah dapat apa yang abah nak. Tahniah! 

Teh - Jangan lelah sekarang, lelah lah bila teh dapat apa yang teh nak. Acik tahu teh boleh. Kalau tak, teh takkan dapat bertahan di sekolah itu sehingga ke tahun ini. Sekolah itu yang terbaik untuk teh. Mungkin sekarang teh tak rasa semua tu. Apabila dah dewasa nanti, teh akan terima kenapa abah hantar teh sekolah tu. Ayah mana yang tak fikir untuk anak dia. Semua ayah nak yang terbaik. Belajar sungguh-sungguh, biar jadi HAFIZ al-Quran. Tahniah! 

Ika - Permulaan hidup baru bermula adikku. Masih panjang jalan yang yang berliku dan berduri yang perlu ditempuh. Kuat dan tabah! Tak kisah dicampak dimana-mana, asalkan boleh berjuang dan jaga diri. Pilih sahabat yang baik, supaya kita jadi lebih baik. Tahniah! Dapat 5A dalam UPSR, pengakhiran UPSR dalam keluarga kita berakhir dengan baik.

Ini lah insan yang sentiasa ada samada suka atau pun duka. Walaupun acik jarang balik rumah, ya! jarang sangat. Tapi acik tak pernah lupa untuk tanya khabar semua orang. Acik rindu untuk duduk kumpul semua. Acik di sini, untuk bersama sahabat-sahabat membantu insan yang memerlukan. Niat acik semoga apa yang acik buat, keluarga acik pon dapat balasan yang sama juga. Jika acik mudahkan kerja orang lain, acik doa semoga urusan keluarga kita dipermudahkan. Acik sayang keluarga kita! 

Tuesday 3 June 2014

SAHABAT, Sayang kamu!


Assalamualaikum dan haiiiii..

Alhamdulillah ALLAH masih bagi peluang untuk terus menghirup udara dan menikmati alam ini. Untuk pengetahuan, Khaulah baru sahaja keluar wad di HTAA (Hospital Tengku Ampuan Afzan) 31/5/2014. 

OK, Khaulah cerita sikit-sikit ye kenapa boleh ada kat sana. 

Haa.. Pada mulanya Khaulah hanya pergi ke Klinik UMP atas sebab mata kiri Khaulah nampak tak nampak pada waktu malam. Jadi, Dr. Yaakob referred kes ni ke HTAA. Pada 26/5 Khaulah ke sana untuk appointment dengan pakar mata. Dipendekkan cerita, Dr. Aini syak ada ketumbuhan dalam otak dan minta Khaulah stay dekat wad untuk CT Scan dan ambil sample darah. Tapiiii.. Alhamdulillah, tak jadi buat CT Scan, ermmm tapi kena buat MRI Scan. Keputusan negatif. Tiada ketumbuhan seperti yang Dr. Aini syak. Cuma ada bengkak di bahagian mata. Sehari demi sehari berada di wad, Dr. Fadhli syak ada kaitan dengan jantung sebab kadar degupan tinggi. Allahurabbi. Jangan risau, Khaulah masih positif. Sebelum ni pon doktor syak juga, tapi kuasa ALLAH melebihi segalanya. Khaulah ditahan di wad selama 6 hari 5 malam. Dan beserta dengan 3 appointment yang akan menyusur nanti. 


Tak ada kaitan dengan tajuk? 
Ada.

Kaitannya, semasa kita sakit baru kita tahu yang mana sahabat susah senang. Alhamdulillah ALLAH temukan Khaulah dengan sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa untuk Khaulah terus kuat. Khaulah hanya ada mereka di sini. Keluarga Khaulah berada di Kelantan dan sampai di HTAA pada 31/5 hari dimana Khaulah discharge. Khaulah tak salahkan mereka. Khaulah sendiri yang tak benarkan mereka datang, lagi pon keluarga Khaulah memang nak datang 31/5 sebab 1/6 mereka nak hantar adik Khaulah ke UITM Jengka. Kebetulan boleh keluar hari tu. Keluarga Khaulah di sini adalah keluarga In-Smartive yang sangat-sangat Khaulah sayang. Tanpa mereka Khaulah bosan ada kat hospital. Mereka sanggup datang dari jauh (UMP Pekan dan Gambang), korban masa, duit dan tenaga untuk menghiburkan dan menggembirakan Khaulah. Terima kasih sahabat. Sahabat dunia dan akhirat. Khaulah tak mampu nak balas semua yang kalian berikan. Hanya doa mengiringi kalian. Semoga "final exam" ni, kalian semua boleh jawab dengan mudah. :) Khaulah sayang kamu!!! 

Monday 19 May 2014

KEMATIAN MENJENGAH LAGI

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang khaulah kasihi..

Apa khabar iman hari ini? insyaALLAH harapnya sentiasa sihat dan bertambah keimanan terhadap Nya..

Kematian? ya.. 14/5/2014 seorang lagi sahabat perjuangan telah pergi meninggalkan medan perjuangan ini. Arwah Shaifullah Idlan bin Rozlan.. Arwah merupakan Along dalam keluarga daripada 7 orang adik beradik.. Sempat Khaulah dan sahabat bertandang ke rumah arwah 3 minggu sebelum arwah meninggal.. Diceritakan oleh mama arwah, arwah seorang yang baik, tak pernah mengeluh apabila disuruh buat kerja, anak yang soleh, dari kecil diajar untuk solat berjemaah di masjid.. ALLAH.. beruntunglah mama dan ayah kerana memiliki anak yang taat perintah ALLAH dan ibu bapa..

Khaulah menerima berita ini dari laman sosial seorang senior "Sedekahkan al-fatihah kepada arwah Shaiful Idlan".. Sungguh.. sangat terkejut.. Arwah juga sudah bertunang, dan tunang arwah seorang yang sangat rapat dan baik dengan Khaulah.. ketika menerima khabar ini, hati tidak keruan.. Bagaimana dengan keluarga arwah? Bagaimana dengan tunang arwah? Adakah mereka mampu untuk menerima ujian yang sangat hebat ini..???

Alhamdulillah, keluarga dan tunang arwah sangat kuat dan tabah.. Mereka menerima takdir yang telah ALLAH tetapkan.. Khaulah bersama keluarga arwah sehingga ke tanah perkuburan.. Mama sangat tabah, mama kata "Allah dah pinjamkan Along dah lama, 22 tahun" ALLAH.. sentap.. umurku sama dengan umur arwah, 22 TAHUN.. Sungguh, kematian tidak mengenal usia.. Adakah aku sudah bersedia dengan semua ini?? Tidak, banyak lagi amalan yang lompang.. ALLAHUAKBAR..

Khaulah tak mampu untuk bercerita panjang.. Airmata tidak berhenti dari tadi.. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.. Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah..

Tuesday 22 April 2014

Kematian SATU peringatan

Assalamualaikum sahabat2 Khaulah, sihat ke? InsyaALLAH harap2 nya semua sihat.

Kali ini Khaulah nak cakap pasal kematian, kenapa? Kerana orang yang mengingati mati adalah orang yang paling cerdik. Ok, pada 20/4/2014 Khaulah dikejutkan dengan satu berita kematian seorang sahabat dan juga naqib Khaulah semasa Khaulah di KMPh dan UMP, Allahyarham Aman bin Ahamad. Arwah seorang yang ceria, suka tolong orang dan sangat disenangi orang. Arwah lemas di Pantai Balok, Kuantan. Saat berita kematian arwah mula tersebar, sahabat2 Khaulah dari KMPh merasakan berita itu hanya gurauan semata2 sebab kami tidak mengjangka arwah akan pergi, seawal usia 24 tahun. Khaulah sempat melihat wajah nya buat kali terakhir. Sahabat2 ada yang menelefon Khaulah untuk tahu kesahihan berita tersebut, ada yang masih menghantar mesej kepada arwah dengan harapan arwah akan membalas mesej. Tapi, janji ALLAH itu pasti, setiap yang hidup pasti akan merasai MATI. Innalillahiwainnailaihirajiun. Arwah telah pergi buat selama2 nya. Terputus segala amalan di dunia, alam barzakh peringkat seterusnya. Ini antara post sahabat2 di FB yang ditujukan kepada arwah. 

Abang, saya nak balik. Nak pergi walimah abang.
Saya bergurau dengan beliau walaupun saya yakin dia sedang membuat persiapan.

Sepertinya..
Baru semalam kita bersua, bergelak ketawa, bergurau senda.
Baru semalam abang mengetuai usrah kami. Ya, abang Naqib pertama saya.
Naqib terbaik yang pernah saya ada.

Seorang yang pendiam namun bila berbicara beliau seorang peramah.
Seorang yang tenang dan suka senyum.
Beliau seorang yang Istiqomah.
Tabah dan kuat.
Lihatlah kader-kader beliau menghiasi seluruh pelusuk kampus mahasiswa hari ini.
Susuk tubuh yang cukup penting buat kami.

Ujar mak saya
" Rugi mak tak kenal Aman, baik sangat dia.
Sejuk perut mak dia mengandung dan melahirkan Aman. Dia tak kaya harta,tapi dia kaya hati.." Sebak.

Mak saya cakap.
Semasa solat jenazah ramai jemaah yang hadir.
4 kali solat jenazah. Allahu Rabbi.
Wajah beliau tenang.
Macam sedang nyenyak tidur.
Kelihatan deras air mata sahabat-sahabat dan jiran-jiran mengalir.

Mak saya tak kenal rapat dengan beliau.
Sekadar teman di Facebook.
Mak saya tertarik dan ikuti juga kadang-kadang post beliau di laman ini.
Pernah beliau ziarah kami di rumah.
Memang, beliau seorang yang menyenangkan.

Saya tak mampu nak bercerita panjang tentang beliau. Sedih..
Terlalu banyak kenangan bersama.
Berbulan-bulan kami tidak berhubung.
Kesal, kecewa dan sedih.

Muhasabah untuk semua,
Berkat.
Hasil khidmat beliau kepada kami.
Khidmat beliau terhadap Jemaah.
Khidmat beliau terhadap Islam.
Hidup yang berkat dengan kita penuhi ia dengan berkhidmat.

Abang Aman Rahimahullah,

Moga Allah kurniakan sebaik2 kesudahan dan kumpulkan beliau dan kita semua dengan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wassalam.
Serta para siddiqqiin, para syuhada' dan orang-orang soleh.

~dari sahabat yang berada di Mesir~

 You left me without a word,at least come in my dream once to say the word.....i'll wait.

Baru skarang ku fahami perasaan Saidina Umar semasa beliau tidak percaya apabila Rasullah s.a.w wafat...lalu Saidina Abu Bakar menenangkan beliau...Allah...lain sungguh perasaan bila kehilangan teman seperjuangan.

#Moga syurga buatmu Aman.


~dari sahabat KMPh~ 

jelas kan? arwah seorang yang sangat baik. ALLAH. Saat menulis entri ini, air mata sering menitis, teringat kenangan bersama arwah. Untuk arwah, semoga roh mu tenang di sana. Semoga ditempatkan bersama para solehin. 

Perjalanan arwah di dunia sudah TAMAT, kita yang masih hidup perlu ambil iktibar. Doakan moga kita pergi bertemu Ilahi saat diri ini masih istiqamah atas jalanNya. KEMATIAN SATU PERINGATAN.

~AL-FATIHAH untuk Allahyarham Aman bin Ahamad~


Saturday 5 April 2014

Kisah Khaulah di bulan ini

Hai sahabat2, sihat? InsyaALLAH sihat belaka ye.. Ok cuba teka, Khaulah ada kat mana sekarang.. :) tadaaa... Khaulah dah ada kat rumah.. haa.. kat bawah ni gambar Hospital Jeli, rumah Khaulah dalam kawasan ni..

Ok, minggu ni Khaulah seronok sebab 1. dapat jumpa family 2. Birthday Khaulah dalam bulan ni.. nak tengok hadiah2 yang Khaulah dapat? Khaulah dapat novel 'Aku ada wali'.. dari? ha... dari Koh Beefong.. Chinese? Ya, chinese... Alhamdulillah, Khaulah kawan dengan semua.. :) 
Tapi dalam gembira dapat jumpa family, dapat balik rumah.. Terselit jugak rasa sedih di hati kecil ini.. sebab? Sebab Khaulah tak dapat bersama sahabat2 In-Smartive berprogram.. In-Smartive, apa tu? Ok, jom kita tengok apa itu In-Smartive.. Dah tahu serba sikit pasal In-Smartive? Let me explain, In-Smartive ni salah satu kelab yang ada kat UMP.. Kelab yang berteraskan 3K; Kaunseling, Kepimpinan, Kesukarelawan.. Lepas ni, banyak entri Khaulah akan Khaulah sebut pasal Family yang RARE ni.. Alhamdulillah, banyak ilmu yang Khaulah dapat selama Khaulah sertai kelab ini. Bukan setakat itu, Khaulah dapat ramai kenalan. Dalam ni lah, Khaulah boleh bezakan yang mana kawan, yang mana sahabat.. Khaulah SAYANG sangat2 family kelab ini.. Ahli kelab ini dah macam keluarga Khaulah sendiri, sakit demam Khaulah kat UMP, merekalah yang rawat.. Bersyukur sangat2 dapat kenal FAMILY In-Smartive.. Nak tengok sahabat2 Khaulah dalam kelab ni, jommm.. Khaulah nak tunjuk semua.. tapi tak mampu la, ramai sangat, yang mana ada Khaulah tunjuk ye..
Seusai ber 'basket ball'

Selepas tengok 'Sun rise'

Sebelum berprogram di Kedah

Rehat Minda di Library UMP

Malam BBQ!

Sebelum berprogram di Johor

Seronokkan? Memang seronok, tapi kelab ini bukan untuk seronok2.. Kami ada matlamat kami sendiri iaitu berikan sebanyak ilmu yang ada dan berbakti kepada masyarakat dengan seikhlas hati hanya kerana ALLAH.. Ok, bila kita nak buat baik ni, biasalah kan, pasti ada ujian yang datang.. Tapi, kalau kita bersatu dan ikhlas dalam berjuang, insyaALLAH jalan itu sentiasa dipermudahkan. Kami kuat dan teguh kerana doa ini, DOA RABITHAH..

Cubalah amalkan doa ini, insyaALLAH ikatan kita akan bertambah kuat

Khaulah nak buat kesimpulan untuk entri kali ini.. Khaulah sedih tapi gembira sebab dapat jumpa FAMILY.. :) nak tengok gambar family Khaulah, belum masanya lagi kot.. hehehe.. Ok, jumpa lagi dilain masa... :) bye2.. Assalamualaikum..